Tuesday, January 22, 2008

Samb. Rencana Retorik agama tidak akan majukan Kelantan

Yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam. Mereka membanjiri lot kedai dam komersial yang dibina tanpa menampakkan perubahan di kalangan pemilik dan peniaga Melayu.
Apakah yang sebenarnya berubah sesudah Kelantan berpindah daripada tangan Barisan Nasional (BN) ke tangan Pas sejak 18 tahun lalu? Apakah rakyat membangun bersama Islam? Yang jelas dan pasti membangun di Kelantan ialah ekonomi bukan Melayu. Bilangan mereka juga semakin meningkat.
Sebenarnya, apa yang dilaksanakan Pas di Kelantan tidak selaras dengan slogan dan propaganda agama pemimpinnya, berbanding Umno yang sudah lama melaksanakan dasar untuk memantapkan kedudukan Islam dalam negara dan kehidupan rakyat.
Sekiranya Kelantan tidak begitu mundur, ia akan menerima banyak perubahan daripada kegiatan industri dan ekonomi. Tetapi semua ini tidak akan terjadi kerana pemimpin Pas memilih untuk mundur.
Disebabkan taksub kepada kuasa bahkan jahil dalam kemahiran serta pengalaman untuk mentadbir negeri secara moden dan melaksanakan undang-undang Islam secara progresif, proaktif, Pas menyelewengkan pentadbiran untuk memperkasakan politik partinya.
Sebab itu, mereka begitu sukar menyalurkan pentadbiran Sekolah Agama Rakyat (SAR) kapada pentadbiran kerajaan persekutuan yang lebih terjamin. Pas melakukan semua ini kerana kemunduran dan kelemahan ekonomi adalah aset penting partinya untuk terus berkuasa. Kini parti menggunakan modal insan di kalangan pelajar SAR untuk menghadkan pengaliran ilmu.
Pemimpin Pas pada hakikatnya bimbang akan kehilangan kerusi kerana kehilangan kerusi bermakna kehilangan pendapatan dan mata pencarian sebagai wakil rakyat. Tidak munafik jika mereka menggunakan agama dan ayat al-quran untuk menang atau jika mereka memesong dan mengelirukan fikiran rakyat untuk mengekalkan kuasa.
Malangnya, mereka ini tidak berasa berdosa dan bersalah mengkafir serta memfitnah atau menggunakan alasan agama palsu supaya pengundi tidak mengundi BN. Adakah dengan merujuk kepada agama, kitabullah dan sunnah, maka pemimpin Pas dengan sendirinya mengambil alih tanggungjawab Tuhan?
Mentadbir sebuah negeri dan mengurus kebajikan serta ekonomi rakyat memerlukan kepakaran khusus, lebih daripada kepakaran tok guru dan tok alim. Pas mengganggap mentadbir negeri atau negara dan menukar corak pentadbiran kepada pemerintahan ala 'negara Islam' seperti menggosok lampu Aladin.

No comments: