Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN : Kedatangan Yang Di Nanti


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah, Rabb sekalian alam, dengan izin dan perkenannya dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan 1431H.

Kedatangannya sangatlah dinanti oleh golongan yang berusaha mengharapkan keredhaan, rahmat dan keampunanNya. Mungkin inilah Ramadhan kita yang terakhir kalinya.

Sama-samalah kita mengejar keberkatan Ramadhan dengan melakukan sebanyak mungkin amalan-amalan wajib dan sunat. Insyaallah, dengan amalan yang dilakukan, kita akan menerima ganjaran yang berlipat kali ganda yang tiada pada bulan-bulan yang lain.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.



wallahua'lam

(Hadis di upload daripada ustazazhar.com)

Tuesday, July 27, 2010

ADA APA DENGAN AFFILIATE?




Sebentar tadi saya dan teman baik saya ber'chating' di laman sesawang sosial yang hangat digunakan oleh semua golongan manusia di dunia ini dan memperkenalkan saya dengan 'affiliate'.

Sebelum ini seperti sudah lama mendengar tentangnya tapi apakah ia? Apa pun banyak yang perlu dikaji tentangnya, tetapi produk yang di tawarkan amatlah menarik perhatian saya.

Quran Syamil 15 in 1... sangat menarik...

anda boleh layari: disini

Saturday, July 24, 2010

Kembali Bertaut


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
Sudah lebih setahun saya tidak menjenguk blog saya yang dhaif ini dan akhirnya, Alhamdulillah bertaut semula.

INSYAALLAH dengan lebih huraian yang segar dan bernas buat perkongsian sesama kita untuk kebaikan di dunia dan akhirat, buat memberi peringatan kepada diri sendiri juga pada sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku yang ingin menghijrahkan dirinya daripada yang baik kepada yang lebih baik.

kehilangan saya selama ini bukan bererti menyembunyikan diri tetapi cuma berkelana mencari ketenangan diri mendekatkan diri kepada Yang Maha Abadi.

firman Allah swt :
"Perbuatan-perbuatan baik mampu menghapuskan dosa-dosa" (QS: surah hud(11): ayat 114)

dengan perkongsian yang seterusnya ini dapat sahabat-sahabat gunakan dan dijadikan amalan serta pedoman kepada kita semua INSYAALAH...

saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...