Monday, January 21, 2008

Retorik agama tidak akan majukan Kelantan

oleh Dr Alias Mohamed
Berita Harian (Rencana) ms:9, 10 Januari 2008 Khamis

Sepanduk, pintu gerbang dan hiasan bermotifkan Islam di jalan raya memberi ingatan berguna kepada orang ramai. Namun tanpa perlaksanaan sebenar hukum islam, semua ini mengaburi mata rakyat dan kosmetik bertopengkan agama.
Simbol dan slogan atau retorik agama tidak akan membangunkan rakyat bersama Islam, malah membuka laluan kepada keruntuhan dan kekufuran. Pas sudah berkali-kali berjaya dengan cara ini dan akan meneruskan amalan buruk ini semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
Motif mereka sebenar ialah untuk mengekalkan dan menambahkan kerusi kemenangan pada pilihan raya dan selepas itu merangka slogan agama untuk selama empat atau lima tahun akan datang. Tiada asas lain bagi Pas untuk berkuasa, kecuali semata-mata kerana kepentingan diri menerusi platform agama.
Mereka tidak peduli jika terpaksa berbohong dan memutarbelitkan janji mereka yang dihamburkan sebelum berkuasa dulu mengenai kewajipan kepada agama dan rakyat asalkan mereka dapat berkuasa serta menang beberapa kerusi.
Mereka menjadikan manifesto sebagai alat untuk berjanji sebelum berkuasa, walaupun mereka tidak ada kapasiti dan kemampuan untuk menunaikannya.
Selepas berkuasa, mereka tidak akan menyebut atau merujuk lagi kepada janji manis dan harapan tinggi dalam manifesto. Jika hendak membina sebuah masjid pun disuruh rakyat menyediakan tanah dan wang, apa erti manifesto parti? Siapakah yang munafik?
Kemunduran ekonomi rakyat kelantan menyebabkan rakyat menuduh pemimpin Pas sebagai pentadbir yang mundur, lemah, dan tiada visi. malah sebenarnya mereka amat memalukan orang Melayu. Bersambung...

Berikan komen dan pendapat anda

No comments: