Tuesday, January 22, 2008

Cerita PMN semakin panass di TV3!

BULETIN UTAMA (Jan.) – Isu penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN) sekali lagi disentuh pada 20 Jan dalam TV3 kira-kira 8.10 malam di sini.

Topik berita tersebut berjudul ‘Tolak Parti Mahasiswa’.

Aluan pembaca berita TV3, Sheikh Zainuddin Sheikh Mohd Hussain sebagaimana berikut:-

Ketika bahang pilihanraya sangat dirasai oleh semua pihak, sudah ada pihak ibarat mahu kacau daun; termasuk mereka yang bergelar mahasiswa…”

Kampus Negara: http://kampusnegara.net
[Himpunan maklumat terkini tentang PMN, Dari Kampus ke Lapangan Umat]



Turut menambah Pang Chinn Fei, rakan sejawat Sheikh sebagaimana di bawah:-

Selain mahu menubuhkan parti sendiri dan berhasrat bertanding calon bebas, tuntutan kaum ini realitinya ditolak oleh kaum pelajar sendiri…”

Kali ini dua (2) orang Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Mahasiswa / Pelajar (MPM / MPP) sebagaimana berikut:-


Afandy Sutrisno Tanjung, YDP MPMUMSebenarnya yang paling penting di kalangan kita adalah jangan menimbulkan [tersasul: apa ni] angkara yang (boleh) merosakkan mahasiswa itu sendiri…sebab (ini kerana) kita kena ingat tujuan apa(kah) priroriti (keutamaan) kita di Universiti; tidak lain tidak bukan adalah study (belajar)…” respon Sdr. Afandy Sutrisno Tanjung, YDP MPM Universiti Malaya.


Kami sebagai pemimpin mahasiswa yang mewakili seramai lebih 700 000 student (mahasiswa) langsung tidak menyokong Parti Mahasiswa Negara dan kalau difikirkan semula untuk terlibat dalam pilihanraya (PRU12) memerlukan modal yang banyak…dan kami mahasiswa pun bergantung pada bantuan kerajaan. Jadi bagi kami tindakan tersebut (bertanding dalam PRU12) adalah suatu yang sia-sia dan tidak berguna menubuhkan parti tersebut (PMN)…” pendirian Muhammad Syukri Ibrahim, YDP MPP Universiti Saind Malaysia..


Sheikh (pembaca berita) turut menyampaikan info berikut:-

Menurut Menteri yang bertanggungjawab (Dato’ Mustapha Muhammad, Menteri Pengajian Tinggi), siasatan sedang dijalankan terhadap pihak yang terbabit…”

Datuk Mustapha Muhammad, Menteri Pengajian Tinggi sendiri mewakili kementeriannya dan kerajaan telah menyatakan pendirian berikut:-


Datuk Mustapha Muhammad, Menteri KPT…perkara ini (menubuhkan PMN dan bertanding PRU12) kita tidak benarkan dan ia melanggar peraturan (AUKU 1971, Pindaan 1974)…

Semua rakyat Malaysia pun tahu (jika sekiranya) kita pelajar ke; profesional ke; ahli politik ke; kita orang kampung ke; perniagaan (ahli perniagaan) ke…kita kena ikut peraturan dan undang-undang.

(Jesteru) semua rakyat seharusnya patuh kepada undang-undang, lebih-lebih lagi pelajar lah untuk mematuhi undang-undang tersebut (AUKU 1971, Pindaan 1974).

Jadi Universiti akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar-pelajar berkenaan (aktivis-aktivis PMN),” tegas Datuk Mustapha Muhammad.


MARI KITA BERFIKIR

PERTAMA, sebelum undang-undang ditatacarakan kepada manusia, Undang-Undang tersebut seharusnya menghormati hak-hak asasi manusia.

Tidakkah AUKU ini dilihat menghalang hak-hak tersebut yang hakikinya sah bagi rakyat yang berusia 21 tahun di Malaysia?

KEDUA, larangan berpartisipasi/bertanding dalam PRU12 oleh mahasiswa sebagaimana yang dinyatakan dalam AUKU 1971 (Pindaan 1974) sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, 1948

Mahasiswa patut mematuhi AUKU atau menjunjung Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Atau menerima jaminan hak UDHR 1948?


KETIGA, sebelum idea penubuhan PMN dan bertanding PRU12 lagi, komuniti aktivis mahasiswa sudah memperjuangkan isu mansuh AUKU kerana akta draconion ini memang menyekat kebebasan berfikir dan asasi mahasiswa Malaysia.

Idea penubuhan PMN dan cita-cita menyertai PRU12 ini sebenarnya adalah lanjutan perjuangan memansuhkan AUKU.

Komuniti mahasiswa tersebut awal-awal lagi sudah berniat memansuhkan AUKU, mengapa hari ini mereka patut mengikut akta draconion ini?


KEEMPAT, keputusan PMN ini dilakukan secara demokratik dan menghormati lunas-nulas demokrasi di Malaysia. Sepatutnya dilihat secara progresif oleh KPT dan sebagainya.

KELIMA, idea perubahan memang menempuhi jalan yang unik dan luar biasa. Ijtihad PMN untuk bertanding di Kepala Batas sempena PRU12 yang tidak lama lagi ini barangkali memenuhi cita-cita perubahan politik di Malaysia.


Marilah kita berfikir sejenak tentang cita-cita perubahan oleh aktivis-aktivis mahasiswa Malaysia.

PMN mampu menggerakkan agenda perubahan jika cita-cita ini mula menjadi suatu keyakinan. Genggam betul-betul keyakinan ini agar ia menjadi suatu arus baru yang dinamik dan progresif dalam PRU12 kelak–END.

Kampus Negara: http://kampusnegara.net
[Himpunan maklumat terkini tentang PMN, Dari Kampus ke Lapangan Umat]

No comments: