Tuesday, January 22, 2008

Perutusan Thaipusam DSAI dan Dr. Wan Azizah

Pada 23 Januari ini, penganut agama Hindu di Malaysia dan seantara dunia akan meraikan perayaan Thaipusam.

Thaipusam diraikan sebagai tanda penghormatan penganut agama Hindu kepada Dewa Murugan, di mana mereka menanam azam untuk membersihkan jiwa mereka daripada sebarang dosa dan kesilapan masa lampau.

Kami senantiasa mengharapkan agar perpaduan agama dan kaum terus dipupuk dengan penuh harmoni tanpa sebarang prejudis, di samping kita membulatkan tekad untuk mengubah keadaan masyarakat dan negara ke satu tahap yang lebih baik.

Justeru, dalam semangat perayaan ini kami menyeru kepada bukan sahaja penganut agama Hindu, malah seluruh rakyat Malaysia agar sedar bahawa perubahan perlu dijana sebelum keadaan lebih parah.

Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah

No comments: