Digelar Aristotle kedua.
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.
Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).
Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.
Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.
Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".
Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.
Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.
Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.
Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.
Sunday, April 26, 2009
Thursday, February 26, 2009
Umat Islam wajar contohi ketabahan Rasulullah s.a.w.
Dr Ahmad Muhammad Al Hufy
Dalam masa 23 tahun, Rasulullah s.a.w. mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan orang-orang Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwahnya yang mantap.
Tidak pernah tersembunyi suaranya, dan tidak pernah hilang gemanya, namun mereka tetap menuduh atau berpendapat bahawa Rasulullah meremehkan akal mereka dan akan menghancurkan kekuasaan, kewibawaan serta peraturan mereka.
Oleh kerana itu mereka mengumpul kekuatan untuk menghancurkan dakwah Rasulullah s.a.w.
Walaupun mendapat tentangan Rasulullah bertambah berani meneruskan dakwah. Setiap kali mereka memperhebat gangguannya baginda tetap tabah serta bertambah kuat untuk mengatasinya dengan penuh kesabaran.
Kemudian Allah memberi izin berjihad, memerangi mereka maka baginda pun berjihad sampai Allah memberikan kemenangan kepada agamanya. Maka orang yang kelmarin menjadi musuh akhirnya menjadi kawan.
Demikian juga orang yang musyrik berduyun-duyun masuk agama Allah, mereka menjunjung tinggi syiar Allah bahkan mereka menjadi orang yang menyediakan jiwa raga mereka untuk Allah dan RasulNya.
Sabar menerima gangguan kaum musyrik
Rasulullah sabar terhadap gangguan-gangguan orang musyrik dengan ucapan-ucapan mereka yang menusuk hati. Sesungguhnya amat sakit rasanya luka yang ditimbulkan oleh tajamnya ucapan-ucapan yang dilontarkan mereka.
Apalagi dalam masyarakat yang amat mendambakan pujian dan nama baik dan sangat benci kepada celaan dan ejekan.
Rasulullah s.a.w. pada permulaan dakwahnya ingin sekali dipercayai oleh kaumnya untuk mengangkat mereka dari lembah kesesatan ke puncak hidayah dan petunjuk Allah dan dari buta agama kepada mengerti akan kebenaran.
Memang baginda telah dikenal oleh kaumnya sebagai seorang yang berakal, bijaksana, benar, dapat dipercaya dan �iffah. Mereka belum pernah mendengar baginda berdusta dan belum pernah pula mereka menemukan sifat yang buruk.
Namun orang-orang musyrik menentang dan melawan yang benar. Mereka takbur dan enggan meninggalkan cara hidup nenek moyang mereka.
Mereka sengaja membuat-buat dusta bahkan mereka menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai seorng yang bermimpi, banyak angan-angan, menceritakan apa yang dikhayalkannya dan yang dilihat dalam mimpinya.
Mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat kepada baginda, dengan cara-cara yang biasa diucapkan oleh penyair-penyair mereka yang penuh berisi khayalan yang sangat mahir melebih-lebihkan sesuatu dan pandai mempengaruhi orang awam. Mereka mengatakan bahawa baginda seorang gila, padahal baginda adalah orang yang paling cerdas dan paling berakal di antara mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
�Bahkan mereka berkata (pula) (Quran itu adalah) mimpi yang kalut, malah diadakannya bahkan dia sendiri seorang penyair, maka dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana Rasul-Rasul yang telah lalu diutus�. (Al-Anbiya: 5)
Allah SWT berfirman bermaksud:
�Dan mereka berkata: �Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair�. (AshShaffat:36)
Allah SWT berfirman bermaksud:
�Bahkan mereka mengatakan dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya�. (AthThuar:30)
Maksudnya kami menunggu-nunggu kecelakaan baginya semoga dia ditimpa bahaya atau mati sehingga kami selamat daripadanya.
Allah SWT berfirman bermaksud:
�Mereka berkata: Hai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila�. (Al Hilr:6)
Tetapi Allah telah membersihkan Rasulullah dari tuduhan yang bermacam-macam yang buruk itu dengan FirmanNya yang bermaksud: �Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan tukang tenung, sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya�. (Al-Haaqqah 41-42)
Allah SWT berfirman bermaksud:
�Demi Qalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan kamu Muhammad sekali-kali bukan orang gila�. (Al Qalam:1-2)
Ramai orang musyrik yang mengganggu Rasulullah dan menyakiti baginda dengan perbuatan-perbuatan jahat disebabkan kemarahan, kehilangan �akal�, dan kebodohan mereka.
Mereka hendak menghalang-halangi baginda dari agama Allah. Supaya putus asa dari keberhasilan perjuangannya dan supaya para pengikutnya meninggalkan baginda. Walaupun demikian baginda tetap menghadapi perbuatan mereka yang jahat itu dengan kesabaran yang dapat membawanya kepada kemenangan.
Dengan tabah dan bijaksana dapat mengalahkan kebodohan dan menggagalkan tujuan mereka.
Kesabarannya yang luhur ini cukup menjadi tanda bahawa Rasulullah adalah benar dalam menyampaikan risalah dari Tuhannya. Keraja jika tidak demikian baginda tidak akan tahan menderita dalam menghadapi permusuhan mereka, sedang baginda tidak pernah menginginkan kekayaan harta benda.
Oleh kerana itu berduyun-duyunlah orang-orang memeluk agama Islam, baik secara peribadi mahupun berkumpulan.
Mereka pun berani menderita dalam menghadapi gangguan-gangguan orang musyrik dengan keberanian dan ketabahan yang luar biasa bahkan mereka dengan sukarela membela Rasulullah. Mengorbankan segala sesuatu demi untuk menghadapi tentangan musuh-musuhnya. - mks. _
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7759&Itemid=91

Inspirasi Suara Mahasiswa IPTHO

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur ke HadratNya, dengan limpah kurniaNya telah dapat kami sebagai penyokong Inspirasi Suara Mahasiswa ini melahirkan sebuah laman blog sebagai 'penyata hala tuja' kami.
ISMA - singkatannya kepada INSPIRASI SUARA MAHASISWA bukanlah sebuah parti politik kampus yang terlalu gimik, tetapi ia lebih kepada (atau mengfokuskan) satu gagasan pelajar yang memperjuangkan dan menjaga hak-hak pelajar (khususnya guru pelatih IPGM Kampus Tun Hussein Onn). Bertemakan motto - ''One X for Me, one Year for You''.
Berlogokan bulat berwarna hitam dan ungu, ia mengabadikan logo IPGM Kampus Tun Hussein Onn di tengahnya. Selain itu juga, mempunyai satu lembaga insan / manusia di sisi. Melambangkan 'kami' sentiasa bersamamu (IPGM Kampus Tun Hussein Onn).
Subscribe to:
Posts (Atom)