Thursday, June 26, 2008

Starategi Seorang Pejuang


BAHAGIAN PERTAMA :
NILAI DALAMAN (BAHAN MENTAH)

1. BERTINDAK DARI QALBI YANG IKHLAS DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

a. Tiada kepentingan diri sendiri
b. Berasaskan kesedaran
c. Jelas matlamat

2. CONFIRM MAKLUMAT ASAS

a. Yang dikuasai
b. Kurang penguasaan(Kurang jelas)
c. Tiada maklumat

3. MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN PERIBADI

a. Koleksi muzakirat dan nota yang telah dipelajari
b. Kitab-kitab Mu`tabar
c. Himpunan kertas-kertas kerja
d. Keratan utama akhbar-akhbar al-Islami
e. Cd , MP3 , dan Vcd mudhaharah ( ceramah / pidato )

4. TARGET PANGKALAN

a. Kampung dan desa
b. Bandar dan kotaraya
c. Perkampungan akademik(kampus)
d. Jabatan (kerajaan,swasta atau separuh swasta)

5. FOKUS STATUS DAN STANDARD SASARAN

a. Orang-orang tua berpengetahuan tinggi dan berpengalaman
b. Orang-orang tua yang tiada pengalaman dan pengetahuan tinggi
c. Pemuda-pemudi yangberpelajaran dan masih belajar
d. Kaum ibu
e. Remaja
f. Intelektual

6. RAKAN GANDING (OPERATION PARTNER)

a. Sebaya dan sepengajian
b. Aktivis berpengalaman
c. Generasi pengasas perjuangan

7. MEMPUNYAI PENGETAHUAN ASAS

a. Keluarga dan kaum kerabat
b. Sahabat karib dan rakan taulan
c. Ketua dan orang yang paling dihormati di kalangan masyarakat

8. PERHIASAN SAKSIAH UTAMA

a. Sentiasa di samping masyarakat (bergaul)
b. Mudah berurusan dan tidak sombong (tidak over acting)
c. Gemar membantu dan menyelesaikan masalah masyarakat
d. Menampilkan air muka berwibawa termasuk fesyen berpakaian(imej ustaz,ustazah atau mahasiswa)

9. PRASARANA UTAMA DAN ALAT OPERASI PERJUANGAN

a. Kemudahan asas (rumah,kenderaan dan telekomunikasi)
b. Sijil akuan (pengajian atau pengkhususan)
c. Kemampuan ekonomi (kestabilan)
d. Kemahiran dalam sesuatu bidang(pidato,organisasi,computer,teknikal dan sebagainya)

10. SIKAP UMUM :

a. Kawal thiqah masyarakat
b. Tidak ghurur atau irtijal
c. Jangan berpuak(bina kem)
d. Berlapang dada
e. Tidak memperbanyakkan musuh
f. Jauhi publisiti murah dan pengaruh jahat
g. Jangan taja diri sendiri untuk menjadi pemimpin
h. Menghormati mereka seperjuangan dan golongan veteran
i. Sedia ditarbiyyah dan mentarbiyyah

j. Awasi statement umum (tidak menyentuh peribadi rakan seperjuangan terutama pemimpin)
k. Tidak terlampau bersifat adventurisme yang melampau garis persetujuan Harakah Islamiyyah

11. PERLABAAN MODAL

a. Kajian kitab
b. List dan hujah-hujah bernas
c. Membaca hujahj-hujah terbaru
d. Tidak mengulangi kesilapan
e. Mengkaji uslub penampilan dan gaya penyampaian
f. Mengolah hujah dan bahasa penyampaian maklumat berdasarkan status sasaran

BAHAGIAN KEDUA : NILAI LUARAN

1. TINDAKAN ASAS

a. Menghubungi Gerakan Islam dan pimpinannya
b. Mengenal pasti isu-isu semasa dan pengolahannya
c. Melangsaikan masalah atau urus kerja kekeluargaan

2. TINDAKAN LANJUT

a. Berpangkalan(tempat tinggal,mengajar atau bekerja)
b. Menyusun program(umum dan keluarga)
c. Menyelaras dan mengemaskini gerak kerja dakwah(usrah,perjumpaa tertutup dan muzakarah)

3. MENGESAN KELAS PROGRAM

a. Muhadharah umum
b. Muhadharah politik
c. Pengajian fardhu ain
d. Muzkarah atau debat
e. Pembentangan kertas kerja
f. Persidangan intelektual

4. WASPADA DAN MENGATASI KONSPIRASI MUSUH

a. Taktik politik kotor
b. Taktik politik wang
c. Tangkap atau penjara
d. Fitnah
e. Bunuh

5. MEMBANTU PENGUKUHAN ANGKATAN TERAS

a. Angkatan pengasas gerakan Islam
b. Aktivis utama dan berpengalaman
c. Tuan guru atau ulama`

6. MEMBINA GENERASI PELAPIS

a. Aktivis mahasiswa
b. Pemuda-pemudi yang berkesedaran tinggi
c. Remaja (peringkat sekolah-sekolah agama)

7. MENGANJUR DAN MENYERTAI PROGRAM

a. Bakti siswa (BAKSIS)
b. Himpunan bekas mahasiswa (HIMMAH)
c. Intensif petugas dakwah
d. Muzakarah ilmuan Islam
e. Khemah mujahidin
f. Kursus kemahiran atau jati diri

8. MENGUASAI INSTITUSI MASYARAKAT

a. Masjid
b. Balai umum
c. Majlis keraian

9. MENCIPTA SUASANA

a. Tidak terperangkap dalam konflik masalah khilafiyyah
b. Elak pertembungan sesama aktivis
c. Mengutara idea dinamis dalam menangani polemic masyarakat
d. Tutup ruang tindakan musuh Islam
e. Ambil kira kecenderungan masyarakat
f. Mengenal halangan dan cara mengatasinya
g. Cekap menggunakan peluang untuk meraih kesedaran masyarakat terhadap Islam
h. Bijaksana mengendali majlis perbualan am agar tidak terkeluar dari batas susila Islam

10. SENARAI TUGAS UTAMA SECARA KESELURUHAN

a. Membetul dan memantapkan aqidah ummah
b. Tiup semangat jihad
c. Pulihkan jiwa ummah yang lesu dan ulama` yang bisu
d. Memerangi kejahilan
e. Amar ma`ruf nahi mungkar
f. Gagalkan konspirasi musuh
g. Buktikan kemampuan ulama dalam pentadbiran dan kepimpinan
h. Tabor jasa bakti semampu mungkin serta mengelak dari terjerumus ke dalam noda dan dosa

11. MUNAJAT DAN AMAL TINDAKAN YANG BERTERUSAN

HJ NASRUDIN BIN HJ at TANTAWI PENGARAH AKADEMI AR RASYIDIN.

http://www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Tuesday, June 24, 2008

Muslimah Memang Tak Guna



www.iluvislam.com
diforward oleh: Afdhal87

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/af/larangan.JPG

Sunday, June 22, 2008

Surat Untuk Pok LOH PM yg 'disayangi"

Kat bawah ni adalah satu contoh surat untuk Pak Lah (Perdana Menteri Malaysia). Surat ni aku dapat dari emel-emel yang diforwardkan. Ia juga merupakan bahan bacaan penulisan yang agak popular skang ni.

Surat ni berada dimana-mana sahaja x kira forum atau blog, sekali baca nak tergelak jugak, tapi ada jugak betulnya. Aku skang ni phobia nak minum air ber’gula’ memandangkan minyak kenderaan berodaku mendambakan pecutan penuh di atas jalan raya.

Aku pun ubah cara hidup gak, banyak mende aku ubah, cthnye baju2 sume kalo x rosak jangan beli. Mende x perlu jangan beli. Makan nasik goreng biasa. Kalo ade orang blanje je baru mintak nasik goreng daging masak merah. Setiap tengahari makan nasi, lauk seketul xde sayur air kosong sehari sekali. Setiap malam makan roti yang aku jual sebab nk cari duit tambahan. Knela makan cikit sebab kami ni pelajar, xleh xmakan.

Ha.. yang kat bawah ni surat utk pak lah tu.. cara org ni berjimat lain mcm plak..eheheh..

kepada pak lah… PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak.. selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..

saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk umno dan bn..

anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong umno dan bn

saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik

saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..

apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen

saya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..

anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot

akan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)

saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna umno dan bn…

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..

bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.

mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup umno, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

Saturday, June 21, 2008

Harga baru minyak amat membebankan rakyat

Dengan serta-merta YAB PM Malaysia yang 'disayangi' telah membuat kejutan kepada rakyat iaitu menaikkan harga baru petrol dari rm 1.98 kepada rm 2.70 iaitu peningkatan sebanyak 40% atau naik melonjak 0.72 sen seliter. Manakala harga diesel dari rm 1.52 kepada rm rm 2.52 peningkatan sebanyak rm 1. Peningkatan harga baru bahan bakar ini amat mengecewakan semua pihak dan tidak boleh diterima kerana begitu membebankan para pengguna yang rata-ratanya rakyat malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Luka kekecewaan rakyat yang belum reda selepas PM yang 'disayang' sebelum ini telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 0.30 sen pada tahun 2006 telah menaburkan garam keatas luka tersebut sekali lagi.
Implikasinya, akibat kenaikan harga minyak yang melonjak ini menyebabkan rakyat ditekan dengan kenaikan harga barangan keperluan asas. Tindakan yang begitu tidak wajar telah diambil oleh PM yang 'disayang' bersama kabinet2 dan juak2 BNBBC telah menyebabkan ramai rakyat menderita kerana peningkatan harga petrol ini.
kesimpulannya, tindakan ini telah mengakibatkan kemerosotan sistem kehidupan rakyat yang selama ini telah pun tertindas dan tertekan.

Wednesday, June 18, 2008

PENA MUFTI PERLIS

Tulisan mufti ini agak panjang tapi merupakan komen yang sangat bagus kita
renungi

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam

al-Nawawi (631-676H) yang
diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa
bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi
musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya
baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak
digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan
fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap
tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk
kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa
beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya
seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan
kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau

memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang
daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan
setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu
semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan
hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal
sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan
untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong
jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan
nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi,
144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini
banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan
memperkatakan tentang kewajipan berjimat

cermat. Maka ustaz, ustazah dan
penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan
bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari
cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan
jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti
seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada
makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir
'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana
dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir
petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan
kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc.

Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa

dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat.

Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada
yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang
kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah
'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang
lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Sebelum harga minyak
naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut
perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan.
Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya,
memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah
mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan
mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya):
"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah
saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada
Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan
pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita
yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan
setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun,
disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan
tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut
mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang
keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan
rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka.
Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan

dengan syaitan.
Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan
kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran
syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita
hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita
ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir,
maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin
yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak
dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang
menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana,
kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah
wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau
menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu
meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang
dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh
'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana
atau
kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut
orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert
yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang
itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini
mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan
'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh
menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran

sebegini lebih
rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang
dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi,
jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk
dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan
bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak
dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal
ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya.
Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini.
Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-
Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan
darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di
Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab.
Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu
disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang
bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H
selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan
harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping
kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan
pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin
al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan
daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan
di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu
namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan
berkata:
"Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan
kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami
keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?"
(Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta
lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu
untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian
belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh
ini?".
Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah
buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik
lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat
al-Kubra,
3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau
sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri
yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta

negara atau negeri
sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras,
helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api
dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara
dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui
apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara
tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah
keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila
seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang
dijamu
oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa
minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan
berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.

Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah
menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang
tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara
pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan
pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion
ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak
yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si
miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki
dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak?
Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara
yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan
sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang
memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan
sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan
tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta
dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan
zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu
bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus,
bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara
yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan
menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan
disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk
semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang
bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka
sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai
masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.