Tuesday, January 22, 2008

'Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT

Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial

PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.

Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini.

Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM).

“Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.

Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.

Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.

“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.

Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.

Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.

Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.

Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.

Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.

“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.

“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.

Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.

“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.

Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.

Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.

Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT.

Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura.

Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media.

Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.

Cerita PMN semakin panass di TV3!

BULETIN UTAMA (Jan.) – Isu penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN) sekali lagi disentuh pada 20 Jan dalam TV3 kira-kira 8.10 malam di sini.

Topik berita tersebut berjudul ‘Tolak Parti Mahasiswa’.

Aluan pembaca berita TV3, Sheikh Zainuddin Sheikh Mohd Hussain sebagaimana berikut:-

Ketika bahang pilihanraya sangat dirasai oleh semua pihak, sudah ada pihak ibarat mahu kacau daun; termasuk mereka yang bergelar mahasiswa…”

Kampus Negara: http://kampusnegara.net
[Himpunan maklumat terkini tentang PMN, Dari Kampus ke Lapangan Umat]



Turut menambah Pang Chinn Fei, rakan sejawat Sheikh sebagaimana di bawah:-

Selain mahu menubuhkan parti sendiri dan berhasrat bertanding calon bebas, tuntutan kaum ini realitinya ditolak oleh kaum pelajar sendiri…”

Kali ini dua (2) orang Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Mahasiswa / Pelajar (MPM / MPP) sebagaimana berikut:-


Afandy Sutrisno Tanjung, YDP MPMUMSebenarnya yang paling penting di kalangan kita adalah jangan menimbulkan [tersasul: apa ni] angkara yang (boleh) merosakkan mahasiswa itu sendiri…sebab (ini kerana) kita kena ingat tujuan apa(kah) priroriti (keutamaan) kita di Universiti; tidak lain tidak bukan adalah study (belajar)…” respon Sdr. Afandy Sutrisno Tanjung, YDP MPM Universiti Malaya.


Kami sebagai pemimpin mahasiswa yang mewakili seramai lebih 700 000 student (mahasiswa) langsung tidak menyokong Parti Mahasiswa Negara dan kalau difikirkan semula untuk terlibat dalam pilihanraya (PRU12) memerlukan modal yang banyak…dan kami mahasiswa pun bergantung pada bantuan kerajaan. Jadi bagi kami tindakan tersebut (bertanding dalam PRU12) adalah suatu yang sia-sia dan tidak berguna menubuhkan parti tersebut (PMN)…” pendirian Muhammad Syukri Ibrahim, YDP MPP Universiti Saind Malaysia..


Sheikh (pembaca berita) turut menyampaikan info berikut:-

Menurut Menteri yang bertanggungjawab (Dato’ Mustapha Muhammad, Menteri Pengajian Tinggi), siasatan sedang dijalankan terhadap pihak yang terbabit…”

Datuk Mustapha Muhammad, Menteri Pengajian Tinggi sendiri mewakili kementeriannya dan kerajaan telah menyatakan pendirian berikut:-


Datuk Mustapha Muhammad, Menteri KPT…perkara ini (menubuhkan PMN dan bertanding PRU12) kita tidak benarkan dan ia melanggar peraturan (AUKU 1971, Pindaan 1974)…

Semua rakyat Malaysia pun tahu (jika sekiranya) kita pelajar ke; profesional ke; ahli politik ke; kita orang kampung ke; perniagaan (ahli perniagaan) ke…kita kena ikut peraturan dan undang-undang.

(Jesteru) semua rakyat seharusnya patuh kepada undang-undang, lebih-lebih lagi pelajar lah untuk mematuhi undang-undang tersebut (AUKU 1971, Pindaan 1974).

Jadi Universiti akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar-pelajar berkenaan (aktivis-aktivis PMN),” tegas Datuk Mustapha Muhammad.


MARI KITA BERFIKIR

PERTAMA, sebelum undang-undang ditatacarakan kepada manusia, Undang-Undang tersebut seharusnya menghormati hak-hak asasi manusia.

Tidakkah AUKU ini dilihat menghalang hak-hak tersebut yang hakikinya sah bagi rakyat yang berusia 21 tahun di Malaysia?

KEDUA, larangan berpartisipasi/bertanding dalam PRU12 oleh mahasiswa sebagaimana yang dinyatakan dalam AUKU 1971 (Pindaan 1974) sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, 1948

Mahasiswa patut mematuhi AUKU atau menjunjung Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Atau menerima jaminan hak UDHR 1948?


KETIGA, sebelum idea penubuhan PMN dan bertanding PRU12 lagi, komuniti aktivis mahasiswa sudah memperjuangkan isu mansuh AUKU kerana akta draconion ini memang menyekat kebebasan berfikir dan asasi mahasiswa Malaysia.

Idea penubuhan PMN dan cita-cita menyertai PRU12 ini sebenarnya adalah lanjutan perjuangan memansuhkan AUKU.

Komuniti mahasiswa tersebut awal-awal lagi sudah berniat memansuhkan AUKU, mengapa hari ini mereka patut mengikut akta draconion ini?


KEEMPAT, keputusan PMN ini dilakukan secara demokratik dan menghormati lunas-nulas demokrasi di Malaysia. Sepatutnya dilihat secara progresif oleh KPT dan sebagainya.

KELIMA, idea perubahan memang menempuhi jalan yang unik dan luar biasa. Ijtihad PMN untuk bertanding di Kepala Batas sempena PRU12 yang tidak lama lagi ini barangkali memenuhi cita-cita perubahan politik di Malaysia.


Marilah kita berfikir sejenak tentang cita-cita perubahan oleh aktivis-aktivis mahasiswa Malaysia.

PMN mampu menggerakkan agenda perubahan jika cita-cita ini mula menjadi suatu keyakinan. Genggam betul-betul keyakinan ini agar ia menjadi suatu arus baru yang dinamik dan progresif dalam PRU12 kelak–END.

Kampus Negara: http://kampusnegara.net
[Himpunan maklumat terkini tentang PMN, Dari Kampus ke Lapangan Umat]

Bank Islam dah Jadi Agen Yahudi Israel!

Kiriman M.R.A.

 Jika ada melawat laman Bank Islam, dalam promosi telah menayang logo Jata Yahudi Isreal yang boleh diperolehi di http://en.wikipedia.org
/wiki/Emblem_of_Israel
.

Perkara ini cukup serius dan perlu mendapat penjelasan daripada pihak Bank Islam sendiri. Sila lihat sendiri di bawah:-




Sila klik untuk besarkan!!

Sila semak disini http://www.bankislam.com.my/Pewani.aspx
(Terima kasih bwan - SP)

Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu

Bismillahirrahman nirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam, 21 Januari 2008 satu majlis Terima Kasih Cikgu Bersama MB Terengganu telah diadakan di Wisma Darul Iman. Program yang bermula jam 2.30 petang itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana Jabatan Pendidikan Negeri bersekongkol dengan UMNO menghasut guru dalam mencari undi menjelang Pilihanraya Umum ke 12.


Mengikut surat yang dihantar ke sekolah-sekolah, 5 orang guru setiap sekolah hendaklah dihantar ke majlis tersebut. Sekolah yang terlibat termasuklah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri. Dalam majlis itu juga diadakan bacaan ikrar guru-guru yang kononnya mahukan pemerintahan Terengganu kekal di bawah Idris Jusoh.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris menerima salinan Ikrar 2008 Warga Guru Terengganu daripada Pengarah Pendidikan Negeri sempena majlis `Terima Kasih Cikgu'.

Seminggu lalu (13 Januari) juga telah diadakan himpunan yang hampir serupa, tetapi melibatkan Ustaz-ustazah J-Qaf seluruh Terengganu. Lebih malang lagi himpunan Ustaz-ustazah J-Qaf itu turut diserikan dengan nyanyian penyayi wanita pada kemuncak majlis. Menggaru kepala seorang sahabat bilamana melihat penyanyi wanita berdiri di depan mejanya yang tidak jauh dari pentas. Nak dipusing kepala, takut dikatakan tidak hormat majlis. "Nasib baik lawa" Katanya tersenyum.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris menerima resolusi guru J-Qaf daripada Razali sambil disaksikan Dato' Rosli pada majlis di Wisma Darul Iman.

Namun secara keseluruhan, rata-rata menolak jika inilah Islam Hadhari yang diperkatakan. Umpama tidak menghormati Imam di Putrajaya yang dihidangkan dengan lagu-lagu asli, begitulah sama Idris melayan para Ustaz-ustazah J-Qaf ini. Di akhir program barulah ustaz-ustazah itu dimaklumkan program dari petang ke malam itu yang di WAJIBkan oleh JPN adalah dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO.

Dato' Razali, AP Kuala Terengganu yang turut berucap dalam majlis J-Qaf itu turut menempelak para guru J-Qaf dengan mengatakan para JKK kampung lebih tahu apa itu Ulul alBab. Jika mahu tahu apa itu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, tanyalah para JKK kampung katanya. Beliau juga meminta hadirin bertepuk tangan apabila para Ustaz-Ustazah yang hadir dilihat lebih suka mendengar dari memberi respon kepada ucapannya itu.

Dalam kedua-dua majlis tersebut, para guru telah dibekalkan dengan buku Ucap Negeri, manakala semalam di wisma turut diedarkan buku Masihkah Kau Ingat yang mengfitnah PAS Terengganu semasa memerintah.

Di sini aku sertakan Ikrar yang jelas cuba membodek Deris oleh JPN Terengganu dan Resolusi Ustaz J-Qaf yang kononnya dibuat oleh mereka, tetapi hakikatnya telah siap sedia sejak awal lagi. "Lain yang dibincangkan, lain pula resolusi yang keluar" Keluh seorang sahabat yang kesal terpaksa datang dari Besut semata-mata mendengar perkara yang sia-sia itu. Dia turut menyatakan sekiranya tahu turut dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO, sudah tentu dia tidak datang.

IKRAR GURU YANG MEMBODEK

BAHAWASANYA KAMI
WARGA GURU TERENGGANU
BERJANJI DAN BERIKRAR
MENJUNJUNG WAWASAN PENDIDIKAN
MAMBINA TAMADUN BANGSA

KAMI WARGA GURU TERENGGANU
AKAN TERUS PERTINGKATKAN ILMU
MEMPERKASAKAN KOMITMEN
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
DARUL IMAN

PADA HARI INI
KAMI WARGA GURU TERENGGANU
BERDIRI TEGUH
DENGAN PENUH KEUTUHAN
MENEGASKAN SETIA KAMI
MENYATAKAN SOKONGAN KAMI
KEPADA KEPIMPINAN NEGERI
DI BAWAH TERAJU
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI HAJI IDRIS JUSOH
MENTERI BESAR TERENGGANU


Ini pula Resolusi Palsu Ustaz J-Qaf;

RESOLUSI GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU


KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU YANG BERHIMPUN PADA HARI INI DENGAN IKHLAS DAN SETIA MUAFAKAT MENJUNJUNG TINGGI AGENDA PENDIDIKAN NEGARA DAN AGENDA PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU UNTUK MELAHIRKAN UMMAH CEMERLANG DAN TERBILANG SELARAS DENGAN HASRAT DAN CITA-CITA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU BERSATU DAN MUAFAKAT MEMATUHI ETIKA DAN MEMELIHARA SERTA MENJAGA NAMA BAIK PROFESION PERGURUAN DAN PENDIDIKAN SEPANJANG MASA.

KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU MENYATAKAN SOKONGAN. KEPATUHAN DAN SETIA AKUR KAMI KEPADA KEPIMPINAN NEGARA DAN KEPIMPINAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

Betapa teruknya mereka cuba meraih sokongan dari penjawat Awam. Bukan sahaja dilihat jelik dan kotor caranya, tetapi langsung tidak beradab dengan Ustaz dan guru yang mulia dalam memberikan ilmu kepada masyarakat. Aku harap hanya Guru 25hb sahaja yang boleh ditipu oleh Deris dan konco-konconya.

http://amdang81.blogspot.com
"

Samb. Rencana Retorik agama tidak akan majukan Kelantan

Yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam. Mereka membanjiri lot kedai dam komersial yang dibina tanpa menampakkan perubahan di kalangan pemilik dan peniaga Melayu.
Apakah yang sebenarnya berubah sesudah Kelantan berpindah daripada tangan Barisan Nasional (BN) ke tangan Pas sejak 18 tahun lalu? Apakah rakyat membangun bersama Islam? Yang jelas dan pasti membangun di Kelantan ialah ekonomi bukan Melayu. Bilangan mereka juga semakin meningkat.
Sebenarnya, apa yang dilaksanakan Pas di Kelantan tidak selaras dengan slogan dan propaganda agama pemimpinnya, berbanding Umno yang sudah lama melaksanakan dasar untuk memantapkan kedudukan Islam dalam negara dan kehidupan rakyat.
Sekiranya Kelantan tidak begitu mundur, ia akan menerima banyak perubahan daripada kegiatan industri dan ekonomi. Tetapi semua ini tidak akan terjadi kerana pemimpin Pas memilih untuk mundur.
Disebabkan taksub kepada kuasa bahkan jahil dalam kemahiran serta pengalaman untuk mentadbir negeri secara moden dan melaksanakan undang-undang Islam secara progresif, proaktif, Pas menyelewengkan pentadbiran untuk memperkasakan politik partinya.
Sebab itu, mereka begitu sukar menyalurkan pentadbiran Sekolah Agama Rakyat (SAR) kapada pentadbiran kerajaan persekutuan yang lebih terjamin. Pas melakukan semua ini kerana kemunduran dan kelemahan ekonomi adalah aset penting partinya untuk terus berkuasa. Kini parti menggunakan modal insan di kalangan pelajar SAR untuk menghadkan pengaliran ilmu.
Pemimpin Pas pada hakikatnya bimbang akan kehilangan kerusi kerana kehilangan kerusi bermakna kehilangan pendapatan dan mata pencarian sebagai wakil rakyat. Tidak munafik jika mereka menggunakan agama dan ayat al-quran untuk menang atau jika mereka memesong dan mengelirukan fikiran rakyat untuk mengekalkan kuasa.
Malangnya, mereka ini tidak berasa berdosa dan bersalah mengkafir serta memfitnah atau menggunakan alasan agama palsu supaya pengundi tidak mengundi BN. Adakah dengan merujuk kepada agama, kitabullah dan sunnah, maka pemimpin Pas dengan sendirinya mengambil alih tanggungjawab Tuhan?
Mentadbir sebuah negeri dan mengurus kebajikan serta ekonomi rakyat memerlukan kepakaran khusus, lebih daripada kepakaran tok guru dan tok alim. Pas mengganggap mentadbir negeri atau negara dan menukar corak pentadbiran kepada pemerintahan ala 'negara Islam' seperti menggosok lampu Aladin.

Perutusan Thaipusam DSAI dan Dr. Wan Azizah

Pada 23 Januari ini, penganut agama Hindu di Malaysia dan seantara dunia akan meraikan perayaan Thaipusam.

Thaipusam diraikan sebagai tanda penghormatan penganut agama Hindu kepada Dewa Murugan, di mana mereka menanam azam untuk membersihkan jiwa mereka daripada sebarang dosa dan kesilapan masa lampau.

Kami senantiasa mengharapkan agar perpaduan agama dan kaum terus dipupuk dengan penuh harmoni tanpa sebarang prejudis, di samping kita membulatkan tekad untuk mengubah keadaan masyarakat dan negara ke satu tahap yang lebih baik.

Justeru, dalam semangat perayaan ini kami menyeru kepada bukan sahaja penganut agama Hindu, malah seluruh rakyat Malaysia agar sedar bahawa perubahan perlu dijana sebelum keadaan lebih parah.

Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah

Monday, January 21, 2008

Retorik agama tidak akan majukan Kelantan

oleh Dr Alias Mohamed
Berita Harian (Rencana) ms:9, 10 Januari 2008 Khamis

Sepanduk, pintu gerbang dan hiasan bermotifkan Islam di jalan raya memberi ingatan berguna kepada orang ramai. Namun tanpa perlaksanaan sebenar hukum islam, semua ini mengaburi mata rakyat dan kosmetik bertopengkan agama.
Simbol dan slogan atau retorik agama tidak akan membangunkan rakyat bersama Islam, malah membuka laluan kepada keruntuhan dan kekufuran. Pas sudah berkali-kali berjaya dengan cara ini dan akan meneruskan amalan buruk ini semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
Motif mereka sebenar ialah untuk mengekalkan dan menambahkan kerusi kemenangan pada pilihan raya dan selepas itu merangka slogan agama untuk selama empat atau lima tahun akan datang. Tiada asas lain bagi Pas untuk berkuasa, kecuali semata-mata kerana kepentingan diri menerusi platform agama.
Mereka tidak peduli jika terpaksa berbohong dan memutarbelitkan janji mereka yang dihamburkan sebelum berkuasa dulu mengenai kewajipan kepada agama dan rakyat asalkan mereka dapat berkuasa serta menang beberapa kerusi.
Mereka menjadikan manifesto sebagai alat untuk berjanji sebelum berkuasa, walaupun mereka tidak ada kapasiti dan kemampuan untuk menunaikannya.
Selepas berkuasa, mereka tidak akan menyebut atau merujuk lagi kepada janji manis dan harapan tinggi dalam manifesto. Jika hendak membina sebuah masjid pun disuruh rakyat menyediakan tanah dan wang, apa erti manifesto parti? Siapakah yang munafik?
Kemunduran ekonomi rakyat kelantan menyebabkan rakyat menuduh pemimpin Pas sebagai pentadbir yang mundur, lemah, dan tiada visi. malah sebenarnya mereka amat memalukan orang Melayu. Bersambung...

Berikan komen dan pendapat anda